- 0 +
search

Skip to navigation

Chord List: 09 | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z | NEW
TOP | 09 | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z | NEW

MalayKord News



MalayKord News

Home > MalayKord News

Report Chord



Malaykord News telah berpindah ke -->> Blog/News


 21 November 2015

Salam Sejahtera,

Kebanyakan chord di malaykord adalah hasil carian dari rakan-rakan malaykord. Kami menerima beberapa aduan bahawa chord-chord mereka telah dibawa keluar dari blog malaykord dan disiarkan di blog dan website-website tanpa sebarang reference.

Sebagai tindakbalas aduan ini , kami telah meletakkan beberapa unique ID pada lirik dan chord yang telah kami siarkan di blog malaykord untuk mengesan dan mengenal pasti ke mana lirik dan chord yang disalin atau di download pada blog malaykord telah disiarkan semula atau digunakembali. Segala bukti dan salinan semula telah di buat tangkapan skrin dan direkodkan.

Atas langkah berjaga-jaga ini kami ingin menegaskan beberapa perkara yang telah kami nyatakan di page Disclaimer .

1. Kord-kord Gitar yang di siarkan di Blog ini cadangan dari penulis. Diharap pembaca dapat mengambil pertimbangan sendiri di atas segala jenis lirik , chord , nama lagu , nama artist dan apa sahaja jenis entry yang ada di blog ini .

2. pihak penulis tidak bertanggungjawab atas re-post atau segala copy tulisan atau gambar yang diambil dari blog ini.

3. Segala lirik lagu dan chord dari artist solo atau berkumpulan yang disiarkan bukanlah chord asli atau chord yang ditulis oleh pencipta lagu dan karyawan terlibat , ia cuma cadangan untuk pembaca dan peminat muzik.

Baca juga tujuan utama blog ini ditubuhkan -->> About Us


Salam,
Killjols



 19 October 2015

Salam Oktober,

Hasil Dari Malaykord Survey 1 , Dengan soalan Survey "Bagaimanakah Cara Anda Membaca Chord?" . Setelah menerima hampir lebih 100 Respon . Kami mendapati kebanyakkan pengunjung lebih gemar untuk membaca chord terus dari laman web (35%) , Membaca di Notepad (28%) dan Print di atas kertas (21%).

1. Fungsi Download Chord.

Fungsi download chord adalah fungsi dimana, pengunjung dapat men-download chord pilihan yang mereka sukai dan menyimpannya dalam bentuk HTML file , yang juga boleh di tukar kepada file text (Notepad) atau PDF.

2. Fungsi Print Chord

Fungsi print chord adalah fungsi dimana pengunjung dapat print chord pilihan yang mereka sukai pada kertas dan menyimpannya sebagai koleksi chord mereka.

Untuk bantuan penggunaan dua fungsi ini sila ke -> Cara Download dan Print Chord di Malaykord

Kami masih membuka survey ini , dan anda masih boleh turut serta menjawab survey ini sebagai simpanan dan rujukan kami pada masa akan datang. Terima Kasih dari kami kerana memberi kerjasama.

Salam,
Killjols & Atynnira



 6 September 2015

Salam 1 Malaysia,

Berkenaan Servis Request Chord Yang mengalami kelewatan untuk bulan ogos dan september, Kami memohon maaf diatas permasalahaan ini, Kami sedang melakukan kerja-kerja membaik pulih dan menyelesaikan masalah domain blog ini. Teruskan membuat Request Chord. Request chord anda masih dalam simpanan kami dan akan menghantarnya dalam masa yang ditetapkan. Blog ini masih berjalan seperti biasa sekumpulan monyet terlatih telah dihantar untuk menanggani keadaan ini. Sila hantar maklum balas anda kepada mereka mengenai masalah yang timbul dalam proses perubahan ini. Sekian terima kasih.

Salam,
Killjols



 15 Julai 2015

Salam,

Percayakah anda Hari Raya Aidilfitri akan tiba dalam beberapa hari sahaja lagi. Lagu-lagu Raya baru dan klasik mula berkumandang di stesyen-stesyen Radio Malaysia dan juga pusat-pusat membeli-belah dan ia sangat menaikkan suasana raya dan mengembalikan nostalgia raya pada kita semua.
2. Khas pada yang beragama Islam dan yang menyambut Hari Raya Aidilfitri pihak Malaykord telah menyediakan laman Koleksi Chord Lagu Raya untuk anda nikmati dan dendangkan dengan Chord Lagu yang telah disusun mengikut citarasa Muzik Raya Malaysia.

3. Terdapat hampir 100 Chord Lagu raya baru dan klasik disediakan yang mana ia adalah chord lagu yang terbanyak didalam koleksi di laman sesawang di Malaysia ketika ini. Chord Lagu Raya ini disusun dengan 6 kategori mengikut citarasa Muzik Raya Malaysia iaitu All Chord(Semua Chord), Top 10 , Klasik , Baru, Rancak, dan Slow. Dengan kategori yang disediakan ini, ia adalah lebih mudah untuk pengunjung mencari Chord Lagu Raya yang mereka cari dan inginkan.

4. Malaykord juga menyediakan Link Youtube untuk lagu-lagu raya supaya ia lebih mudah untuk anda mengesan lagu-lagu raya yang anda ingin dengar dan dendangkan.

5. Tidak terlalu awal rasanya untuk kami ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Bathin kepada pengunjung Laman Blog Malaykord, Semoga kita akan bertemu lagi pada Raya yang akan datang dengan koleksi Chord Lagu yang lebih banyak dan tersusun untuk kemudahan peminat dan pencari Lagu-Lagu Raya.

Layari:https://malaykord.blogspot.com/2015/05/koleksi-chord-lagu-raya.html

Jika ada sebarang chord lagu yang tidak memenuhi kehendak anda atau tiada dalam senarai Malaykord sila buat request kepada pihak kami, kami akan usahakan dalam masa yang terdekat.

Salam Aidilfitri,
Atynira



 10 Julai 2015

Berkenaan Aduan/Laporan Pada Blog Malaykord.

Salam Hormat,

Mesej ini di sampaikan di atas laporan-laporan yang diterima dari pengunjung blog Malaykord. Dan kami amat alu-alukan maklum balas seperti ini sentiasa diberi untuk kebaikan dan kualiti pada blog kami.

Setiap pemain gitar itu punyai citarasa yang berbeza, Kebanyakannya lebih suka bermain kord dengan lebih santai atau apa yang dinamakan sebagai easy chord . Dan ada juga yang suka chord lagu dengan key penyanyi asal dalam versi studio. Permasalahan ini kian ketara di blog Malaykord. Dimana pengunjung mula membuat aduan atau ketidakfahaman pada sesetengah lagu pada blog Malaykord yang dinyatakan sebagai ia sukar untuk dimainkan atau tidak tahu bagaimana ia dimainkan dengan chord lagu yang diberi. Dan diatas permasalahan di atas kami telah menyediakan beberapa solusi dan keterangan untuk masalah ini.

Solusi berserta keterangan untuk menyelesaikan masalah ini:

1. Segala chord yang di post di blog Malaykord adalah dari cadangan penghantar chord dari rakan-rakan malaykord itu sendiri ,dan kebanyakan mereka mendapat rujukan dari lagu asal dari artist tersebut yang kebanyakannya dari versi studio (Studio Version). Jika anda merasakan pada setiap lagu chord yang di-post itu sukar untuk dimainkan anda boleh membuat laporan melalui form Report Chords. Ia tiada masalah bagi pihak kami dan kami akan mencari chord yang lebih mudah dalam masa terdekat.

2. Dengan kadar permintaan chord (Request chord) Semakin meningkat sehingga mencecah 50 ke 60 Chord lagu pada setiap bulan. Disini kerjasama pihak pengunjung sangat diutamakan untuk mengesan kesalahan kecil atau besar dari segi lirik , chord , nama lagu , nama artist agar ia bertepatan dengan posting. Beberapa contoh corak kesalahan kecil yang telah kami kesan dalam tempoh ini adalah seperti kekeliruaan tentang Chord A dengan Chord Am, dimana antara salah satu chord itu lebih sesuai untuk diletakkan di baris lirik tersebut. Sila buat aduan tentang perkara ini pada form Report Chords. Ia tiada masalah bagi kami untuk menerima aduan seperti ini. Jika kesalahan dikesan pembetulan akan dilakukan dalam masa terdekat.

3. Dari segi ketidakfahaman tentang reka bentuk dan fungsi pada blog. Kami kurang mendapat aduan tentang perkara ini. Tetapi ia adalah sangat penting jika pihak pengunjung mendapati beberapa laman pada blog sangat menganggu dari segi loading yang lama , tulisan yang tidak jelas atau chord lagu yang terganggu atau terhalang dengan beberapa perkara yang terlepas dari padangan pereka bentuk blog Malaykord. Sila buat aduan tentang perkara ini pada form Report Chords. Ia tiada masalah bagi kami untuk menerima aduan seperti ini.

Atas perkara atau permasalahan yang pihak kami telah kesan ini , kami memohon maaf jika ia memberi ketidakselesaan pada pengunjung yang memasuki laman blog Malaykord. Dan pihak kami akan cuba untuk memperbaikinya dari masa ke semasa. Kerjasama dan maklum balas dari pihak pengunjung sangat kami alu-alukan dan terima kasih kerana mengunjung blog Malaykord untuk selama ini. Jika kesalahan dikesan pembetulan akan dilakukan dalam masa terdekat.

Report Chord Form --> https://malaykord.blogspot.com/2015/07/report-chord.html

Panjang Lebar,
Atynira.



 28 Jun 2015

Senarai Request Untuk Bulan Jun 2015.

Salam Ramadhan Al-Mubarak,

Terima Kasih kerana menggunakan servis request di blog kami , Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

2. Pihak kami dapati masih ramai yang menghantar request lagu yang sudah ada didalam blog kami. Jika ada sebarang kesulitan , kepayahan atau kebingungan tentang mencari lagu di Blog Malaykord. Sila nyatakan pendapat anda di Borang hubungan kami pada link : https://malaykord.blogspot.com/2014/03/contact-malaykord.html .

3. Sila baca FAQs yang telah kami sediakan di link: https://malaykord.blogspot.com/2014/10/faq.html Untuk Panduan dan bimbingan.

4. Di bawah telah dilampirkan senarai Chord lagu permintaan(REQUEST) untuk bulan Jun 2015, Sebanyak 56 Chord lagu kesemuanya.

5. Maaf jika ada sebarang kesalahan , kebimbangan , kesulitan , kebingungan , ketidakselesaan, ketidak tenteraman dan kerungsingan yang terdapat di Blog Malaykord.

Maklum balas dari anda amat kami alu-alukan.

Layari: https://malaykord.blogspot.com/

Sedaya Upaya,
Atynira

Lampiran: https://www.facebook.com/malaykord/posts/386333301573950


 25 April 2015

Senarai Kord dari Band/Artist Rock Kapak !

Selamat Berhujung Minggu,

Rock Kapak adalah Genre muzik aliran Rock yang sinonim dengan budaya Muzik Rock Malaysia. Kebanyakan Band dan Artist akhir 70-an hingga 90-an Di gelar dengan gelaran Rock Kapak. Ia menjadi satu fenomena pada satu ketika dan masih diminati sehingga ke hari ini.

1. Khas Untuk peminat dan pengikut setia lagu ber-genre Rock Kapak Malaykord Menyediakan Senarai Band/Artist yang telah disusun mengikut abjad untuk memudahkan penggemar muzik ini mencari Kord Lagu kegemaran mereka.

2. Malaykord masih mengumpulkan senarai kord mengikut genre yang sinonim dengan budaya muzik dari Malaysia, Indonesia dan Singapura. Genre lain akan menyusul dan dalam proses pengumpulan.


Segala kesalahan dan pendapat boleh diberi di Contact Us Form kami.

Salam Rock n Roll,
Atynira


 9 April 2015

Malaykord Telah Mengemaskini Senarai Baru

Hi Semua,

Anda telah bersama kami selama setahun ini , kami mahu mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ke blog Malaykord.

Selama setahun ini Malaykod telah menyediakan penyusunan kord-kord lagu artis menggunakan abjad dan kini ia telah dikemaskini dari sebelumnya:

1. Sebanyak 83 Nama artis baru telah dimasukkan kedalam senarai kord di laman blog malaykord. Menjadikan Jumlah keseluruhan senarai artis kini sebanyak 619 nama.

2. Sistem kemaskini yang telah dibina oleh rakan Malaykord membolehkan pihak kami mengemaskini senarai nama artis mengikut abjad dari masa ke semasa untuk kemudahan pengunjung.

3. Rekabentuk senarai artis telah dibuat penambahbaikan untuk kemudahan pengguna Telefon Pintar , Tab dan Notebook.

Dan begitulah ia!

Dijemput untuk mencuba senarai baru yang telah dikemaskini ini! Sebarang kesalahan atau kekeliruan boleh dilaporkan ke Contact Form kami.

Kunjungi https://Malaykord.blogspot.com

Senyum Lebar,
Atynira


 2 Disember 2014
Kolabrasi dengan FB Page Killjols Komuniti untuk sebarang update  Killjols FB

 17 November 2014
Pengumpulan Chord mengikut Genre sedang Di lakukan

 28 Oktober 2014
Sedang melakukan proses Labeling dan updating Data , Maaf Jika berlaku sebarang Kesulitan 



 28 February 2014
Harap Maaf pada pengunjung yang hadir Blog ini masih dalam Penyelengaraan. !


#Malaykord



Title: MalayKord News
Artist:
Review:
Author:
Rate: 4 dari 5
Posted On:


✓ Jika ada sebarang masalah tentang chord lagu diatas sila buat aduan pada Form Report Chord yang disediakan.[REPORT CHORDS]



Kalau korang suka dengan Malaykord boleh la belanja kitorang kopi [Belanja Malaykord Kopi 1 ☕ ]





Play Youtube
Play Tutorial Guitar



Loading....


Cadar Pukal
<
>


Tidak Dapat Apa Yang Anda Cari? Request Chord Disini!